Ellron (tiga dari kanan) bergambar dengan sebahagian peserta kursus.
KENINGAU: Golongan belia disaran tingkatkan diri dengan menyertai kursus – kursus yang berkaitan kemahiran dan keusahawanan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, hal ini penting bagi memastikan para belia di kawasan pedalaman dapat bersaing dengan mereka yang berada di kawasan bandar.
“Saya mahu anda semua rebutlah peluang dengan menyertai program kemahiran dan keusahawanan. Kita mesti penuhi hidup kita dengan ilmu-ilmu berniaga, keusahawanan kerana kita perlu bersaing dengan belia-belia di luar sana,” katanya selepas merasmikan Kursus Penternakan Madu Lebah Kelulut Kampung OISCA Sook, di sini.

Ellron berkata, Kementeriannya menyediakan dana untuk para belia yang ingin menganjurkan program ataupun kursus-kursus berkaitan kemahiran dan keusahawanan.
“Sebenarnya kita mempunyai dana di Kementerian saya untuk para belia kita yang boleh dipohon untuk menganjurkan program kemahiran ataupun kursus-kursus berkaitan keusahawanan. Cadangkan kepada saya dan kita akan berikan peruntukan yang seadanya,” katanya
Terdahulu, beliau hadir merasmikan Kursus Penternakan Madu Lebah
Kelulut Kampung OISCA Sook, Keningau. Seramai 60 orang peserta sekitar Sook menyertai kursus berkenaan yang hanya diadakan sehari saja.
Beliau turut menyumbangkan sebanyak 60 buah kerusi kepada Kampung OISCA bagi tujuan kegunaan warga kampung.
Kursus yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bekas-Bekas Pelatih OISCA Sabah (PBPOS) itu dikendalikan oleh Juman Osoh yang merupakan pengusaha produk Abay Madu Kelulut.
Ellron yang juga ADUN Sook berkata, beliau akan terus menyokong usaha-usaha PBPOS dalam menganjurkan program berbentuk kemahiran dan keusahawanan.
Usaha-usaha ini penting dalam memberikan pendedahan selain membuka mata masyarakat bahawa bidang kemahiran dan keusahawanan sememangnya menjamin pulangan
yang menguntungkan dan meningkatkan taraf hidup seseorang.
Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Caroline Benjamin Jiugan, Pengerusi PBPOS, Johny
Gilong, rombongan UPPM N.45 Sook dan penduduk kampung sekitar.
































