KTM memperkenalkan empat buat motosikal berkuasa tinggi terbaharu.
PETALING JAYA: KTM Malaysia menembusi pasaran motosikal berkuasa tinggi generasi baharu menerusi empat model Duke iaitu KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390.
Menurut Utusan Malaysia, Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng berkata, beliau menyasarkan jualan melebihi 100 unit sebulan dengan kemunculan model berkenaan.
Menurut beliau, selain empat model itu, satu lagi model yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat iailah KTM 790 Duke.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
“Generasi terbaharu ini bakal menyerlah dan merentas jalan dengan megah warna metalik oren ED Elektronik iaitu warna yang dikhaskan secara eksklusif untuk perayaan ke-30 tahun Duke,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Di Malaysia, Eurotech Wheel merupakan pengedar eksklusif jenama KTM sejak berada di pasaran pada 2011.
Kata beliau, Duke juga bersedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaan mereka di jalan raya dengan pengenalan model motosikal yang dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi.
“Sebagaimana pengalaman penunggangan model KTM Duke yang sedia ada dalam pasaran, KTM Duke menjanjikan kepada penggemar motosikal berkuasa tinggi itu dan model Duke terbaharu ini menjaminkan kepuasan berganda kepada pemiliknya.
“Setiap keluaran motosikal KTM Duke, kami menggabungkan penampilan mantap dengan reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi serta tahap penunggangan berprestasi tinggi di jalan raya.
“Kami sentiasa mengutamakan kepuasan penunggang dan mereka akan mendapat apa yang dijanjikan dan merasai pengalaman tegar bersama Duke,” katanya.


































