Lokasi seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah pangsa di Ipoh Ahad.
IPOH: Seorang lelaki dipercayai mengalami kemurungan ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah pangsa di Pusat Bandar Baru Bercham, di sini Ahad.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat itu diterima daripada orang awam pada pukul 11.26 malam.
Katanya, bertindak atas maklumat itu, pihak polis telah ke lokasi kejadian dan mendapati si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 22 tahun.
“Lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring di tengah jalan dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan rumah pangsa tersebut.
“Pemeriksaan pada tubuh si mati mendapati terdapat kecederaan pada kepala namun tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh lelaki itu,” katanya di sini kelmarin.
Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” ujar beliau.
































