Samad Jambri
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) masih kekal dengan ketetapan asal bahawa tiada kebenaran bagi pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di atas air, tebing sungai dan pantai.
Pembantu Menteri KPLB, Datuk Samad Jambri berkata, ini kerana ianya mempunyai risiko keselamatan nyawa kepada penerima bantuan Rumah Mesra SMJ serta kos pembinaan melebihi kos siling yang diperuntukkan.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk George Hiew (Karamunting) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.
Hiew bertanya adakah pihak Kementerian bercadang untuk melonggarkan syarat permohonan Rumah Mesra SMJ dengan mempertimbangkan permohonan daripada penduduk yang memiliki tanah di tepi pantai untuk kelulusan Rumah SMJ ini.
































