Keadaan helikopter yang diterhempas di Stadium TLDM Lumut. – Utusan/Media Sosial
LUMUT: Dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan bertembung di udara sebelum terhempas ketika melakukan raptai di kawasan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, difahamkan, kejadian berlaku ketika tujuh helikopter pasukan tersebut melakukan penerbangan bagi raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM Lumut yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mei ini.
Berdasarkan video yang tular dalam media sosial, didapati dua helikopter kelihatan seperti bergesel sesama sendiri sebelum kedua-duanya dilihat terhempas.
Setakat ini, belum diketahui mangsa yang terlibat dan usaha mendapatkan maklumat rasmi kejadian sedang dilakukan.
Sejak beberapa hari lalu, penduduk sekitar Manjung mendengar bunyi helikopter TLDM yang berlegar di udara bagi melakukan latihan bagi majlis tersebut.


































