Isnin Aliasnih
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, Kerajaan belum ada sebarang perancangan untuk memperkenalkan skim sewa beli rumah PPR Bubul Ria, Semporna kepada mangsa kebakaran dari Kampung Simunul, Kampung Air dan Kampung Bangau-Bangau.
“Konsep yang digunakan pada masa kini adalah secara sewa,” katanya ketika menjawab pertanyaan Jamil Hamzah (Bugaya) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Jamil bertanya apakah Kerajaan merancang untuk memperkenalkan skim sewa beli rumah PPR Bubul Ria kepada mangsa kebakaran dari Kampung Simunul, Kampung Air dan Kampung Bangau-Bangau yang kini ditempatkan di rumah PPR tersebut.






























