Robert menghadiri Karnival Pencegahan Jenayah, Kempen Derma Darah sempena Hari Polis ke-217.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik yang juga ADUN Bingkor menghadiri Karnival Pencegahan Jenayah dan Kempen Derma Darah, sempena Sambutan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau di Keningau Mall, di sini, hari ini.
Karnival dan kempen tersebut dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama LIONS CLUB dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA).
Lebih 100 penderma telah mendaftar pada kempen derma darah itu.
Gembira dengan sambutan yang meriah Robert berkata, ia menunjukkan semangat kerjasama di kalangan rakyat di daerah ini yang sentiasa memberikan sokongan setiap kali program seumpama ini diadakan.
“Terima kasih kepada semua penderma yang hadir.
“Saya berharap program seumpama ini akan diadakan secara berterusan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini,” katanya.


































