Anwar (dua dari kiri) menyantuni semua yang hadir mengiringi kepulangan beliau.
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat balik ke ibu negara menggunakan pesawat khas kira-kira jam 2.45 petang tadi.
Hadir mengucapkan selamat jalan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA) ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya; Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin.
Turut serta dalam pesawat ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dan Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek.
Dalam pada itu, pesawat khas yang membawa Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof juga berlepas pulang ke Sarawak kira-kira jam 4 petang tadi, selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Manakala, Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dijadualkan berangkat balik ke ibu negara esok.


































