KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini sedang mengesan waris jenazah lelaki berbangsa Cina bernama Ku Thien Ke, berumur 57 tahun dan alamat terakhir di SHE 3 Taman Sea View yang masih belum dituntut.
Pengarah HQE, Dr. William Gotulis berkata, jenazah adalah pesakit lelaki berbangsa cina yang telah dirawat di Wad Acute Internal Medical, HQE pada 18 Februari 2023.
Pesakit telah meninggal dunia pada 24 Mac 2023 pada 08.55 pagi, tambahnya.
Dr William berkata, sehingga kini belum ada waris datang menuntut jenazahnya.
“Jenazah telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HQE. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai si mati ataupun waris diminta menghubungi pihak HQE di talian 088 517555 sambungan 8285/8284,” katanya dalam kenyataan kelmarin.




























