TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor telah mengadakan Majlis Kesyukuran Menyambut Bulan Ramadan bersama ketua-ketua jabatan negeri Sabah di kediamannya di Kampung Serusup di sini, hari ini. (Gambar)
Majlis kesyukuran itu turut dihadiri isterinya, Datin Seri Hajah Juliah Salag.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (KPPAN) Sabah, Datuk Zainudin Aman.
Kira-kira 200 ketua-ketua jabatan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menghadiri majlis kesyukuran berkenaan.


































