Kerajaan Singapura merancang tingkatkan kuasa polis bagi menangkap individu mengalami masalah mentah.
SINGAPURA: Kerajaan Singapura merancang untuk mengubah undang-undang bagi meningkatkan kuasa pegawai polis dalam menangkap orang yang menunjukkan tanda-tanda gangguan mental dan menimbulkan risiko keselamatan kepada diri sendiri atau orang lain.
Menurut Utusan Malaysia, CNA melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura berkata, ini kerana undang-undang pada masa ini tidak menetapkan kuasa yang ada pada polis dalam menangkap kalangan berkenaan.
Pindaan itu terletak di bawah Rang Undang-undang (RUU) Penguatkuasaan Undang-undang dan Perkara-perkara Lain yang diperkenalkan oleh MHA dan akan dibahaskan di Parlimen pada sidang akan datang.
Sekiranya RUU itu diluluskan, polis akan dapat menggeledah, menahan dan menggunakan kekerasan yang diperlukan apabila menahan seseorang yang didapati mengalami kecelaruan mental.
RUU itu selanjutnya menjelaskan kebimbangan di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) atau MHCTA.
Di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan itu, selagi bahaya kepada nyawa manusia atau keselamatan peribadi, pegawai polis akan dibenarkan untuk menahan seseorang sebelum sebarang bahaya sebenar berlaku.
Ini akan memastikan bahawa polis boleh menangkap golongan seperti itu tepat pada masanya dan mengelakkan bahaya, kata MHA.
Konflik Ini timbul kira-kira setahun selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa seorang lelaki ditangkap secara salah pada 2017.
































