Dr. Mohd. Arifin (lima dari kanan) dan Ghulamhaidar (empat dari kanan) bersama para penerima.
KOTA KINABALU: Penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) menjadi landasan bagi membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah khususnya golongan B40 berpeluang ke institusi pengajian tinggi.
Usaha mewujudkan TPNS ini juga selaras dengan salah satu teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan merupakan salah satu daripada inisiatif bagi membangunkan agenda pendidikan di negeri ini.
Satu Majlis Penyerahan TPNS yang disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif telah diadakan di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu, hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar dan ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS.
































