Keadaan mangsa yang tertusuk besi alat pengutip sawit di perut.
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 21 tahun cedera tertusuk besi alat pengutip sawit di perut semasa menjalankan aktiviti mengutip sawit di sini pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Hospital Duchess of Kent pada jam 10.35 pagi.
Katanya, sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PB Mohd Shahril Akmal Sudikin dikejarkan ke hospital tersebut.
Setiba di sana, pasukan bomba bertindak memotong besi dengan menggunakan mesin grinder sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, tambahnya.
Operasi ditamatkan pada jam 11.07 pagi.






























