Hajiji bersama orang ramai di pasar malam Tahun Baru Cina Foh Sang.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor meluangkan masa bertemu dan bersalaman dengan orang ramai di pasar malam Tahun Baharu Cina Foh Sang, di sini, malam ini.
Beliau diiringi Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan, Datuk Chan Foong Hin, ADUN Likas, Tan Lee Fatt, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan ketua masyarakat.

Hajiji bertemu orang ramai di pasar malam Tahun Baru Cina Foh Sang.
Selepas melawat pasar malam, Ketua Menteri turut meluangkan masa di salah sebuah kedai kopi.
Terdahulu, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada orang ramai dan berharap Tahun Naga ini akan membawa kemakmuran kepada semua.


































