Hajiji (empat kanan) menerima cenderamata daripada Amirudin semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Amirudin mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Selangor seramai 160 orang terdiri daripada exco-exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan, GLC, Pegawai-Pegawai Daerah mengadakan lawatan kerja empat hari ke Sabah bermula 21 Januari 2024.

Hajiji (dua kanan) berbincang bersama Amirudin semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Sofian Alfian Nair dan Timbalan Peguam Besar Negeri (II), Puan Suzumaidah Haji Hussain.
Rombongan Amirudin terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Setia Haris Kasim, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Dato’ Salim Soib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Tajuddin.
Amirudin juga menghadiri Program Jelajah Mahasiswa #KitaSelangor yang diadakan di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.
































