Dr Sabin (kanan) menyerahkan Sijil Menduduki kepada Ma.
KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini menyerahkan Sijil Menduduki (Occupation Certificate) kepada kilang SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).
Mayor Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah yang mewakili DBKK menyerahkan sijil tersebut kepada Pemangku Pengarah Urusan, Ma Wen Tao yang menerima bagi pihak SBH Kibing Solar New Materials (M) pasa acara diadakan di Bilik Mesyuarat Mayor, Tingkat Tiga, Bangunan DBKK.
Dr. Sabin berkata, penyerahan kelulusan Sijil Menduduki ini menunjukkan komitmen DBKK dalam memastikan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd dapat meneruskan operasi pertamanya.
“Ini merupakan satu perkembangan positif ke sektor perindustrian di Bandaraya Kota Kota Kinabalu kerana kilang ini menawarkan peluang pekerjaan kepada warga bandar raya serta kawasan berhampiran bekerja di kilang yang akan menghasilkan kaca fotovolta solar (PV) dengan pelaburannya bernilai RM3 bilion.
“Limpahan daripada pelaburan ini pastinya memberi manfaat kepada peningkatan ekonomi Bandaraya Kota Kinabalu secara amnya berikutan pelbagai aspek termasuk pemindahan teknologi dan penciptaan alam pekerjaan dapat dicipta kepada warga Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan hari iniz
Dr. Sabin berkata, selain itu kilang tersebut juga membantu meningkatkan kemajuan negeri sebagai pusat pembuatan yang berkembang maju dan merangsang pembangunan ekonomi di negeri ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pembangunan DBKK, Abdul Manaf Rajikan, Timbalan Ketua Pengarah Kewangan DBKK, Lifred Wong dan Timbalan Pengarah Urusan SBH Kibing Solar New Materials (M).


































