Masidi melakukan simbolik tradisi buka mata singa bersama dengan Dr. Roland sambil diperhatikan oleh Liew.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyumbangkan kepala singa kepada pelbagai kuil dan persatuan Cina di seluruh Sabah untuk tahun keempat berturut-turut sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.
Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.5 juta untuk tujuan itu tahun ini.
Hajiji diwakili Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menyampaikan ketua singa kepada kuil dan persatuan masing-masing di zon tengah Pantai Barat pada majlis penyampaian yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
Majlis itu menandakan permulaan sumbangan ini, juga diadakan di sembilan zon lain di negeri ini menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
Zon tersebut ialah Beaufort/Sipitang, Kudat/Kota Marudu, Keningau, Tenom, Tawau/Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Ranau dan Kota Belud.
Turut hadir pada majlis penyampaian itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah, Tan Sri Andrew Liew, pengerusi penganjur Datuk Dr. Roland Chia, Konsul Jeneral Cina di Kota Kinabalu, Dr. Huang Shifang, Konsul Jeneral Jepun di Kota Kinabalu, Yamashita Yoshito, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua masyarakat Cina.


































