RANAU: Kumpulan tarian University College Sabah Foundation (UCSF) telah memenangi Pertandingan Tarian Kategori Aerodance sempena acara tahunan Pesta Kubis Kundasang yang diadakan di Pentas Budaya Kundasang, dekat sini, baru-baru ini. (Gambar)
UCSF yang diwakili oleh lapan orang pelajar menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil dalam pertandingan tersebut.
Jurulatih kumpulan tarian UCSF, Eirzian Bujang berkata, ini merupakan pertandingan terbuka yang pertama kali disertai oleh UCSF bagi kategori Aerodance, dan akan meningkatkan lagi usaha untuk menyertai pertandingan Aerodance yang lain pada masa akan datang di peringkat yang lebih tinggi.


































