KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan semula subsidi ayam dan telur di Sabah bagi membantu golongan B40 menangani kos sara hidup yang tinggi.
Presidennya David Chan berkata, negeri ini sedang menghadapi isu kenaikan harga ayam dan telur sejak Kerajaan Persekutuan menghentikan subsidi ayam dan telur pada 1 November lalu.
“Kenaikan harga sekitar 30 peratus itu memperlihatkan seolah-olah Sabah terpinggir daripada menikmati kemudahan khususnya dalam usaha mengekang beban kos kehidupan harian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

David Chan
David juga percaya Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk menangani kos sara hidup yang tinggi untuk meningkatkan pengeluaran sumber makanan.
“Isu harga sumber makanan semasa perlu diberi perhatian serius supaya tidak membebankan rakyat,” katanya.
































