Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Makhzan Mahyuddin, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Panglima Markas Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman dan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan.

Hajiji turut mengumumkan pelantikan Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh.Sitti Saleha Habib Yussof dan Laksamana Pertama Maritim, Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik sebagai ahli tetap JKKN Sabah.


































