KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya diiringi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman bergambar bersama sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang hadir pada Majlis Perasmian Kursus Etiket Sosial dan Protokol Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah(SICC), di sini, hari ini. (gambar)
Program ini dianjurkan Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah khas untuk ADUN Sabah bertujuan melahirkan wakil rakyat yang berkredibiliti dan profesional serta meningkatkan imej dan kemahiran beretika sebagai ADUN Sabah.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam; Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib dan ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung.





























