Hajiji mengiringi Anwar menyantuni mangsa kebakaran Kampung Numpak di Dewan Serbaguna Damai, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor hari ini mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni mangsa kebakaran Kampung Numbak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Damai, di sini.
Kunjungan itu memberi peluang kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri bertemu serta menyampaikan kata-kata semangat kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian kebakaran berkenaan.

PMX turut menyampaikan bantuan khas kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran berkenaan.
Terdahulu, Hajiji bersama Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Likas, di sini.






























