Juliah (tengah) melawat pesakit COTI, Jamree Jam semasa Program Santunan Kasih MUTIARA GRS sempena Bulan Kemerdekaan 2026 di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Hajah Juliah Salag telah menyampaikan sumbangan kepada Syukbah Hal Ehwal Wanita Masjid Bandaraya Kota Kinabalu serta pesakit di bawah jagaan Care of Terminally Ill (COTI) di Tanjung Aru, di sini, hari ini.
Program Santunan Kasih anjuran Biro Kebajikan MUTIARA GRS pada Selasa itu menyaksikan penyerahan cek bernilai RM3,000, dua unit Electric Hospital Bed, dan dua unit Heavy Duty Reclining Wheelchair kepada Syukbah Hal Ehwal Wanita.
MUTIARA GRS turut menyampaikan sumbangan tunai, bakul makanan, lampin pakai buang dan susu kepada pesakit COTI di Tanjung Aru.






























