PAJU (Korea Selatan)(Bernama-Yonhap): Polis Korea Selatan pada Isnin menahan seorang suspek selepas menemukan mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang di dalam peti sejuk beku sebuah kafe di bandar Paju, utara negara itu, lapor Yonhap News Agency.
Polis berkata laporan kehilangan wanita berusia lingkungan 60-an itu diterima di Seoul pada awal Jumaat.
Selepas menjejaki keberadaannya, polis menemukan mayat wanita itu di dalam peti sejuk beku di kafe berkenaan di Paju pada hari sama.
Pengendali kafe itu ditahan di Seoul pada Jumaat.
Polis percaya lelaki berkenaan mengurung wanita itu di dalam peti sejuk beku dan kini menyiasat keadaan serta punca di sebalik kejadian berkenaan.
Identiti suspek belum didedahkan. — BERNAMA-YONHAP

































