Suasana reruai pameran ESSCOM.
SANDAKAN: Seramai 14 perwakilan asing dirai dalam Majlis Makan Malam Resepsi yang diadakan sempena Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan bersama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di sini, pada Khamis.
Dalam majlis berkenaan, beberapa sesi taklimat kepada perwakilan asing diadakan antaranya taklimat ESSCOM yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Tindakan ESSCOM, Georgie Abas disusuli taklimat Industri Pelancongan Sabah oleh Pengurus Pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Noor Amy Ajak.
Selain itu, Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ), Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai turut menyampaikan taklimat berkenaan Inisiatif Ekonomi Biru Sabah.
Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Zainudin Aman, Ketua Setiausaha Kementerian l Dalam Negeri, Datuk Dr. Awang Alik Jeman dan Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai.

































