Hajiji menyaksikan para pegawai lantikan politik melafazkan Ikrar Bebas Rasuah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh para pegawai lantikan politik di Menara Kinabalu di sini, hari ini.
Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Elvin Alrick Jilan mengetuai majlis lafaz ikrar yang melibatkan setiausaha-setiausaha sulit dan setiausaha-setiausaha akhbar daripada pelbagai kementerian.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Mohd. Fuad Bee Basrah.






























