Pemenang kategori wanita bergambar selepas penyampaian hadiah.
TAWAU : Kontinjen ragbi Keningau beraksi cemerlang apabila berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara ragbi pada Sukan Sabah (SAGA) XI 2025.
Kategori lelaki menyaksikan Keningau menewaskan Kota Kinabalu 12-7 manakala pingat gangsa dimenangi oleh Nabawan selepas menewaskan Kinabatangan 14-5.
Bagi kategori wanita, Keningau menang mudah kepada Kinabatangan 28-7 manakala Penampang membelasah Lahad Datu 29-0 bagi merebut pingat gangsa.
Selain itu, atlet dari Keningau, Kelvin Aaron Mac Leonar dan Fetrunilla John turut diberikan anugerah pemain terbaik masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.
Penyampaian hadiah diadakan di Padang Ragbi Kompleks Sukan Tawau, pada Selasa.






























