Fahmi (dua dari kanan) tiba di KKIA.
KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tiba di Sabah bagi menghadiri lawatan kerja rasmi selama tiga hari.
Beliau yang menaiki pesawat komersial MH2638 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 9.30 malam melalui Balai Seri Kinabalu.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sabah, Jainisah Mohd. Noor; Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Sabah, Ratnawaty Talib; serta Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Milus Alu@Abd. Wahab.
Fahmi dijadualkan mengadakan lawatan kerja di Sipitang dan Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang pada 16 Oktober ini.


























