Jainisah (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz kenegaraan.
KUDAT : Program Pentarama Homecoming mencetuskan semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Limbuak Banggi, Stanley Aiyong berkata, program itu memberi pengalaman baharu yang menyeronokkan dan penuh manfaat kepada warga sekolah.
“Pagi ini, saya rasa program sangat bagus dan murid-murid mengikutinya dengan sangat seronok.
“Saya harap program ini berimpak tinggi dari sisi kemenjadian murid dan juga menghormati negara khasnya pada bulan kebangsaan.
“Program seperti ini banyak manfaat terutama daripada penerangan agensi tentang keselamatan siber dan cara kita meraikan kemerdekaan.
“Saya sangat berbangga dan mengalu-alukan program sebegini di masa akan datang kerana saya lihat penglibatan dan respon murid serta guru hari ini sangat positif,” katanya ketika ditemui media selepas program PENTARAMA Homecoming di SK Limbuak Banggi di sini, pada Khamis.
Stanley menambah, melalui kuiz dan nyanyian yang dilaksanakan sempena program tersebut, murid lebih faham cara untuk mengekalkan kemerdekaan dan mengukuhkan perpaduan.
SK Limbuak merupakan destinasi kedua fasa kedua PENTARAMA Homecoming anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah.
Turut hadir, Pengarah Penerangan, Jainisah Mohd Noor.


































