BACHOK: Golongan ibu bapa di negeri ini mula tampil membuat laporan polis berkaitan buli selepas kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada bulan lalu yang membuatkan mereka sedar bahaya perlakuan itu jika tidak dibendung.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima lima laporan berhubung kes buli melibatkan pelajar sekolah di negeri ini dalam tempoh dua minggu.
Katanya, selepas isu yang melibatkan Zara Qairina mendapat perhatian, ramai dalam kalangan ahli keluarga atau ibu bapa yang tampil membuat laporan polis berhubung isu buli melibatkan anak mereka.
“Sudah ramai ibu bapa yang tampil kerana mereka mempunyai kesedaran berhubung kes buli yang berlaku sejak kebelakangan ini sehingga ramaimembuat laporan polis.
“Mereka sudah faham bahawa kes buli merupakan satu kesalahan sebelum tampil membuat laporan polis. Apabila ada laporan, kita boleh menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut,” katanya selepas Majlis Penutup Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan 2025 di sini hari ini.



























