Anwar Ibrahim
SERDANG: Rakyat Malaysia mesti menolak mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan negara atas dasar kaum, agama atau wilayah, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025, Anwar menegaskan perpaduan merupakan asas kejayaan negara sejak dari awal penubuhannya.
Menurut Utusan Malaysia, beliau turut mengingatkan bahawa kemerdekaan negara dicapai hasil pengorbanan besar yang tidak boleh dilupakan oleh generasi akan datang.




























