Haji Hajiji Haji Noor
BELURAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu agar
tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Beluran, iaitu Telupid, Sugut dan
Labuk terus dimenangi calon GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) nanti.
“Kita sudah hampir lima tahun, tidak lama lagi pilihan raya, saya mahu tiga DUN di
Beluran ini, Telupid, Sugut dan Labuk mesti dimenangi GRS, sokong calon dari parti
kita,” katanya.
Beliau turut mengingatkan agar rakyat di kawasan ini tidak terlalu percaya terhadap
tohmahan dan pembohongan pemimpin pembangkang yang banyak membuat fitnah.
Katanya, beliau mahu rakyat melihat ke hadapan untuk memastikan kemajuan negeri yang berterusan dan menepis dakyah serta fitnah yang boleh memecahkan rakyat negeri ini.
“Jangan terlampau percaya tohmahan, pembohongan pemimpin pembangkang,
mereka tiada kerja lain, setiap hari buat fitnah, tidur pun mereka menulis buat fitnah, jangan cerita siang hari, malam hari pun fitnah.
“Ini kita tidak mahu benarkan, kita mahu rakyat kita maju ke depan, bukan berpecah belah. Kita mahu teruskan inisiatif kejayaan GRS hari ini untuk lima tahun lagi.
“InsyaAllah selepas pilihan raya ini nanti, GRS akan memerintah semula. Datuk Samad Jambri tetap menang di sini, apalagi Datuk James Ratib pun tetap menang, begitu juga Datuk Jonnybone Kurum di Telupid. Kita mesti satu hati menangkan calon kita di sini,” katanya ketika merasmikan Pesta Labuk Beluran 2025 di Tapak Tamu FAMA, Pekan Beluran hari ini.
































