KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam (dua dari kiri) menerima replika cek bernilai RM169 juta daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan ((KPKT), Nga Kor Ming (dua dari kanan) sempena Program Sentuhan Kasih anjuran KPKT di sini hari ini.
Peruntukan itu sebahagian daripada komitmen Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM195.35 juta kepada Sabah menerusi siri jelajah dua hari dari 10 hingga 11 Julai, melibatkan 48 projek pembangunan merangkumi perumahan mampu milik, infrastruktur awam, landskap, pengurusan sisa pepejal dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Peto Galim, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Dato’ Sri Dr. Haji Sabin Samitah dan Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu.


































