KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dewan Seri Kinabalu di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini. (Gambar)
Majlis berkenaan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya; Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya serta barisan kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.
































