Tun Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Haji Tussin bergambar bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan jemaah Kabinet Negeri Sabah selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025, DUN Sabah ke 16 di Bangunan DUN Sabah hari ini.
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Musa Aman menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025, Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sabah ke 16 di Bangunan DUN Sabah hari ini.
Majlis itu turut dihadiri oleh Toh Puan Faridah Tussin, Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan tetamu lain.

Tun Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Haji Tussin bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Kadzim M. Yahya bergambar bersama waki-wakil rakyat yang menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025, DUN Sabah ke 16 di Bangunan DUN Sabah hari ini.
Terdahulu, Tun Musa menerima tabik hormat dan memeriksa barisan kehormatan di Dataran DUN.
Selepas istiadat perasmian, Tun Musa dan Hajiji kemudiannya menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Sabah di Dewan Bankuasi DUN Sabah.
































