KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengumumkan penutupan sementara beberapa jalan dan tempat letak kereta sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu.
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK dalam kenyataan memaklumkan, penutupan ini bertujuan memberikan laluan kepada acara yang akan berlangsung pada 2 Februari 2025 di perkarangan Bangunan DBKK.
Berikut adalah butiran penutupan jalan dan tempat letak kereta:
- Tempat Letak Kereta:
Tarikh: 2 Februari 2025
Masa: 1 pagi hingga 1 petang
Lokasi:
Jalan Tugu
Mahkamah Lama
Tapak Perpustakaan Lama
- Jalan Utama:
Tarikh: 2 Februari 2025
Masa: 7 pagi hingga 12 tengah hari
Lokasi:
Jalan Bandaran (dari lampu isyarat KK Bypass hingga bulatan Horizon)
Jalan Tugu (dari bulatan Kampung Air hingga bulatan Horizon)

DBKK menasihatkan orang ramai untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas sepanjang tempoh penutupan ini. Pengguna jalan raya disarankan menggunakan laluan alternatif bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang acara berlangsung.
Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai bagi menjayakan sambutan Jubli Perak ini.
































