Marcus Rashford lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan sejak Disember lalu.
LONDON: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mempertahankan keputusannya untuk terus mengetepikan Marcus Rashford dalam kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham, kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Rashford tidak beraksi sejak pertengahan Disember selepas mengakui mahu mencari cabaran baharu dalam kariernya.


































