Tun Musa menjirus air mawar di pusara arwah bondanya.
KENINGAU: Menutup lawatan rasmi dua hari ke Daerah Keningau, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menziarahi pusara bondanya, Allahyarhamah Siti Hazrah Yahya di perkarangan Masjid Ar Rahim Pekan Keningau, hari ini.
Beliau serta rombongan membacakan Surah Yasin, tahlil dan doa yang dipimpin oleh Imam Daerah, Kiflie Yasoi bermula jam 10.30 pagi.
Turut hadir Pengerusi Sabah Energy Datuk Anwar Ayub, Ketua Polis Daerah Superintenden Yampil Anak Garai Dan Ahli-ahli jawatankuasa masjid tersebut.
Keningau merupakan daerah pertama dikunjungi Tun Musa selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.


































