Pertahanan Liverpool, Conor Bradley (kiri) bersaing dengan pemain tengah Manchester United, Alejandro Garnacho dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield pagi tadi.
LONDON: Manchester United menamatkan badi kekalahan empat perlawanan dengan merencat impian Liverpool memburu gelaran juara selepas seri 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi tadi.
Menurut Utusan Malaysia, keputusan itu bagaimanapun masih mengekalkan Liverpool enam mata di puncak liga dengan baki satu perlawanan dalam tangan.
“Sudah tentu ia memberi kesan kerana kami kehilangan dua mata,” kata Slot.
United memecah kebuntuan enam tahun tanpa jaringan di Anfield untuk mendahului perlawanan menerusi Lisandro Martinez dan mempamerkan permainan yang menampakkan peningkatan apabila kemudian menyamakan kedudukan menerusi Amad Diallo oada minit ke-80.
Sebelum itu Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Cody Gakpo sebelum Mohamed Salah kembali meletakkan Reds di depan menerusi sepakan penalti.
Satu mata daripada keputusan seri itu membolehkan United mendaki satu anak tangga ke kedudukan 13, tujuh mata memisahkan mereka dengan zon penyingkiran.
“Saya agak terkilan jika kita dapat mempamerkan tahap permainan sebegini sejak dari mula liga. Kenapa kita tidak boleh melakukan ini di tempat lain? Sungguh mengecewakan,” kata kapten United, Bruno Fernandes.
Keputusan
Fulham 2 Ipswich 2
Liverpool 2 Manchester United 2


































