Kumpulan Dance Club UCSF menerima hadiah johan bagi kategori AERODANCE.
KOTA KINABALU: Kelab Tarian University College Sabah Foundation (UCSF) telah menjuarai dua kategori pertandingan tarian sempena acara tahunan Pesta Kubis Sabah yang berlangsung di Pentas Budaya Kundasang, baru-baru ini.
Dua kategori acara yang dipertandingkan itu ialah Pertandingan Aerodance dan Battle of Bollywood.
Seramai lapan orang pelajar telah mewakili UCSF memenangi Pertandingan Aerodance serta Battle of Bollywood.
Dengan kemenangan itu, Kelab Tarian UCSF menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil .
Jurulatih kumpulan tarian UCSF, Eirzian Bujang berkata, ini merupakan pertandingan terbuka kali kedua yang disertai oleh UCSF bagi kategori Aerodance.
“UCSF telah memenangi pertandingan itu dua tahun berturut-turut,” katanya.


































