Dhiya Azzahra Muhamad Alhafifi
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mencari seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dikatakan tidak pulang ke rumah sejak 6 Disember.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhd. Nor berkata, kehilangan Dhiya Azzahra Muhamad Alhafifi disahkan melalui laporan pada 7 Disember lalu.
“Dia memakai seluar jeans labuh berwarna hitam, baju sejuk dan bertudung hitam serta berkasut sukan dikatakan kali terakhir dilihat di Blok 13, Jalan Dinar U3/F, Seksyen U3, Shah Alam, Selangor,” katanya.
Orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Sarjan Mohd. Hizam Talib di talian 012-6550262.
































