Linda (dua dari kanan) dan Tarsiah (kiri) menyempurnakan upacara memotong reben sebagai gimik perasmian Kiosk 1901.
KOTA KINABALU: Cenderawasih Kitchen Sdn Bhd buka Kiosk 1901 Hotdog di Food Eden, Centre Point Sabah, di sini, kelmarin (7 Dis).
Majlis pembukaannya disempurnakan oleh Naib Yang Di-Pertua II merangkap Pengerusi Biro Kebajikan Mutiara GRS, Datin Seri Linda Ewit bagi mewakili Yang DiPertua Mutiara GRS, Datin Seri Hajah Juliah Salag.

Linda (dua dari kiri) mendengar taklimat yang diberikan semasa melihat proses penyediaan makanan Kiosk 1901.
Kiosk 1901 dibawah Cenderawasih Kitchen adalah sebuah francais daripada Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) melalui Big Nineteen Sdn Bhd turut merancang untuk membuka cawangan tambahan di sekitar Kota Kinabalu. Buat masa ini, satu lagi kiosk 1901 sudah beroperasi di Papar.
Pengerusi Cenderawasih Kitchen, Datuk Dr. Tarsiah TZ Haji Taman dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama menjayakan majlis itu.

Linda (tengah) menerima cendera mata daripada Tarsiah.
Menurut beliau, pembukaan Kiosk 1901 ini tercetus daripada minat anak-anaknya dalam bidang industri makanan dan keusahawanan.
Beliau turut berharap agar penghantaran melalui platform Grab dan Foodpanda dapat diperkenalkan dalam masa terdekat.

Linda (tengah) bergambar kenangan bersama dengan ahli keluarga Tarsiah.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datin Hajah Noridah Pg Ahmad, isteri kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib yang juga Pengerusi Biro Rumah Mutiara GRS; Datin Seri Stella Yong, isteri kepada ADUN Dilantik Datuk Seri Yong Teck Lee; serta Ketua Pegawai Eksekutif Big Nineteen Sdn Bhd, Mohairi Mohamad.
Selepas acara perasmian, Tarsiah turut membawa Datin Seri Linda dan beberapa tetamu kehormat lain untuk melihat sendiri proses penyediaan makanan di kiosk tersebut.


































