Pemain pertahanan Bournemouth, Dean Huijsen (dua dari kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur pagi ini.
LONDON: Sasaran Tottenham Hotspur untuk mencari penamat dalam empat kelompok teratas saingan Liga Perdana Inggeris semakin sukar selepas tewas 1-0 kepada Bournemouth pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, pemain remaja, Dean Huijsen menjaringkan gol untuk meletakkan Bournemouth di depan dalam babak pertama permainan yang berlangsung di Stadium Vitality sekali gus meninggalkan anak-anak buah Ange Postecoglou dengan hanya satu kemenangan dalam enam perlawanan setakat ini.
Jaringan tunggal perlawanan itu yang berpunca daripada kelemahan pertahanan Totenham merupakan yang pertama buat pemain berusia 19 tahun itu sejak dibawa dari Juventus
Pemain Tottenham yang tampak kurang bersemangat ketika bermain bernasib baik tidak bolos dengan margin yang lebih besar apabila serangan Bournemouth banyak tersasar.
Tottenham yang tewas dalam enam perlawanan musim ini meletakkan Postecoglou dalam tertekan apatah lagi selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Fulham di laman sendiri.
























