Penyerang Liverpool, Cody Gakpo (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Anfield, pagi tadi.
LONDON: Liverpool mengukuhkan kedudukan berbekalkan kelebihan sembilan mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Manchester City 2-0 di Anfield pagi tadi.
Menurut Utusan Malaysia, Reds yang mendominasi perlawanan pada babak pertama membuka jaringan menerusi Cody Gakpo seawal minit ke-12 dan Mohamed Salah melengkapkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-78.
Kemarau kemenangan dalam tujuh perlawanan termasuk kalah enam meninggalkan City ketinggalan 11 mata daripada pendahulu liga menyebabkan anak-anak buah Pep Guardiola terperosok ke tangga kelima keseluruhan pasukan setakat ini.
Pada masa ini, hanya Arsenal dan Chelsea dilihat sebagai pesaing terdekat The Citizens dan tidak keterlaluan untuk meramalkan mereka besar kemungkinan tidak akan berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan dimenangi musim lalu.
Lebih mengaibkan, penonton yang berada di lubuk keramat Liverpool itu melaung-laungkan ejekan ‘kamu akan disingkirkan menjelang pagi esok’ sejurus perlawanan tamat,
Sebaliknya pengendali itu menunjukkan isyarat enam jari untuk memberitahu dia telah membawa City memenangi enam kejuaraan Liga Perdana sepanjang tujuh musim membimbing pasukan itu.
KEPUTUSAN
Chelsea 3-0 Aston Villa
Liverpool 2-0 Man City
Man United 4-0 Everton
Tottenham 1-1 Fulham


































