Anggota polis memantau keadaan banjir di Jalan Kolombong, Kota Kinabalu hari ini.
KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan beberapa kawasan di pusat bandaraya dan sekitarnya dilanda banjir kilat.
Menurut Utusan Malaysia, antara kawasan yang turut dinaiki air adalah Penampang, Papar dan Putatan.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pemantauan yang dilakukan di Jalan Penampang Proper dan Jalan Limbanak mendapati jalan mula dinaiki. Paras air Sungai Moyog masih normal iaitu pada tahap 5.32 meter.
Berdasarkan perkongsian dalam laman media sosial, beberapa jalan utama dan kawasan perumahan sekitar Penampang mula dinaiki air.
Antara jalan yang terjejas adalah Jalan Putatan, Jalan Bundusan, Jalan Kolombong dan Jalan Kibabaig.
Walau bagaimanapun, ia masih boleh dilalui oleh kenderaan.