Cody Gakpo (dua dari kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Juara-Juara Liverpool menentang Real Madrid di Anfield, pagi ini.
LONDON: Liverpool terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas menewaskan Real Madrid dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Anfield pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, dalam perlawanan itu, bintang Real, Kylian Mbappe terlepas meraikan jaringan gol apabila sepakan penalti yang diambilnya berjaya dinafikan penjaga gol tuan rumah.
Sebaliknya, Anfield meraikan jaringan Alexis Mac Allister dan Cody Gakpo pada babak kedua permainan untuk mengekalkan rekod sempurna Reds di tangga teratas liga berkenaan.
Liverpool sepatutnya mampu menambah derita Real melalui Mohamed Salah, namun gagal, tetapi kemenangan ke-17 itu sudah cukup buat Arne Slot sejak mengemudi 19 perlawanan sebelum ini.
Kemenangan itu sudah cukup mengatasi rekod Jurgen Klopp yang tidak pernah menewaskan gergasi Sepanyol itu sebelum ini.
KEPUTUSAN
Red Star Belgrade 5-1 Stuttgart
Sturm Graz 1-0 Girona
Aston Villa 0-0 Juventus
Bologna 1 -2 Lille
Celtic 1-1 Club Brugge
Dinamo Zagreb 0-3 Borussia Dortmund
Liverpool 2-0 Real Madrid
Monaco 2-3 Benfica
PSV Eindhoven 3-2 Shakhtar Donetsk


































