Pemain pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes (dua dari kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Sporting Lisbon di Stadium Jose Alvalade, Lisbon, pagi tadi.
LISBON: Sporting Lisbon ternyata layu tanpa bimbingan bekas jurulatihnya Ruben Amorim selepas dibelasah 5-1 oleh Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Jose Alvalade pagi tadi sekali gus membawa The Gunners ke pusingan 16.
Menurut Utusan Malaysia, Arsenal meneruskan rentak kemenangan selepas menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan sejak menewaskan Nottingham Forest 3-0 minggu lalu.
Sementara itu, Manchester City kempunan untuk bangkit dengan kemenangan selepas seri 3-3 dengan Feyenoord walaupun sudah mendahului 3-0 sekali gus menambah koleksi permainan mereka tanpa kemenangan dalam enam perlawanan.
Di Munich, tandukan berharga Kim Min-jae mengesahkan kemenangan tipis 1-0 Bayern Munich ke atas Paris Saint-Germain yang meletakkan kelab Perancis itu semakin sukar untuk mara ke peringkat saingan seterusnya.
Dalam pada itu, Robert Lewandowski menyempurnakan jaringan gol ke-100 dalam Liga Juara-Juara ketika membantu Barcelona meneewaskan Brest 3-0 di laman sendiri, sekali gus mendaki ke tangga kedua liga itu.
Penyerang veteran itu melakukan rembatan seawal minit ke-10 permainan untuk meletakkan Catalan mendahului permainan sebelum Dani Olmo melengkapkan gol kedua.
KEPUTUSAN
Barcelona 3-0 Brest
Bayer Leverkusen 5-0 Salzburg
Bayern Munich 1-0 Paris Saint-Germain
Inter Milan 1-0 RB Leipzig
Man City 3-3 Feyenoord
Slovan Bratislava 2-3 AC Milan
Sparta Prague 0-6 Atletico Madrid
Sporting Lisbon 1 -5 Arsenal
Young Boys 1-6 Atalanta


































