Penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund (kiri) dijatuhkan pertahanan Ipswich, Dara O’Shea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Portman Road Ipswich. Kedua-dua pasukan seri 1-1.
IPSWICH: Ruben Amorim mengakui Manchester United masih ‘keliru’ dan ‘takut’ sejak beliau mengendalikan kelab bermasalah itu sehingga mencatat keputusan seri 1-1 dengan Ipswich dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Menurut Utusan Malaysia, Marcus Rashford meletakkan United di depan seawal minit kedua, namun kedudukan itu tidak lama apabila tuan rumah mendapat penyamaan menerusi Omari Hutchinson sebelum perlawanan berhenti rehat pada babak pertama.
“Liga ini mencabar. Pemain saya terlalu banyak berfikir semasa bermain. Anda boleh mersainya. Bukan sahaja tentang bola tetapi merek sepatutnya tahu sedang beraksi di padang. Kami banyak kehilangan kawalan bola. Bila anda sudah menjaringkan satu gol anda perlu tahu mengawal tempo permainan. Mereka tidak dapat melakukannya tetapi nampak mereka mencuba.
“Anda perlu tahu mengawal bola dan momentum bermain. Mereka tidak melakukan beberapa perkara yang sepatutnya. Perkara ini perlu ditekankan. Jika anda lihat pada babak pertama mereka agak takut bermain. Mereka hanya ada dua hari berlatih dan mereka kelihatan keliru. Ini yang diperoleh daripada data,” katanya.
Di sesebalik berpeluang bersama pemain United hanya selama dua hari kerana pemain dipanggil untuk perlawanan antarabangsa bersama negara masing-masing, Amorim sukar untuk menerapkan formasi 3-4-3 yang dimahukannya.
Formasi yang digunakan itulah yang membantu kelab lamanya, Sporting Lisbon meraih dua gelaran sepanjang empat musim beliau bersama kelab Portugal itu, namun Amoprimk berkata, pemain United kelihatan begitu sekar untuk memahaminya.
“Untuk mereka memahami sistem ini dalam tempoh dua hari memang sukar. Semua orang bercakap tentang sistem 3-4-3 tetapi itu bukan masalahnya. Sistem tetap sistem, namun memahami permainan lebih penting dan ia perlu diperbaiki di sini,” ujar Amorim.


































