BAKU: Kesatuan Eropah (EU) menawarkan untuk menaikkan ikrar pembiayaan tahunan iklim negara kaya kepada AS$300 billion (RM1.3 bilion) pada sidang kemuncak Persidangan Perubahan Iklim (COP29).
Menurut Utusan Malaysia, dua perunding memberitahu, tawaran itu dibuat dalam usaha untuk memecahkan kebuntuan rundingan COP29 di Azerbaijan.
Tawaran yang akan datang dengan syarat lain dalam pakej itu, meningkat daripada AS$250 billion (RM1.1 billion) yang dicadangkan semalam.
Tetapi jumlah itu dilaporkan masih jauh di bawah permintaan awal negara membangun yang paling teruk dilanda perubahan iklim dan mengharapkan sokongan dana tersebut.
Menurut sumber, EU dan beberapa negara kaya lain bersetuju untuk menaikkan tawaran sasaran kewangan global tersebut menjelang 2035.
Sidang kemuncak itu sepatutnya tamat semalam tetapi terpaksa mengambil lebih masa kerana perunding dari hampir 200 negara yang mesti menerima pakai perjanjian itu secara consensus, belum mencapai persetujuan mengenai pelan pembiayaan iklim dunia untuk dekad akan datang.
Lima sumber yang mempunyai pengetahuan tentang perbincangan tertutup itu berkata, EU sudah bersetuju untuk menerima bilangan pembiayaan yang lebih tinggi.
Dua daripada sumber itu berkata, AS, Australia dan Britain turut menyertai EU.
































