BEIJING: China dilaporkan berjaya menemukan rizab emas bernilai AS$82.9 billion (RM370.40 bilion) di wilayah tengah Hunan.
Menurut Utusan Malaysia, Akademi Geologi Hunan menemui lebih 40 urat bijih emas pada kedalaman lebih 2,000 meter di daerah Pingjiang, dengan 300.2 tan sumber emas ditemui di kawasan penerokaan teras dan gred tertinggi 138 gram setiap tan.
Lapor agensi berita Xinhua, kumpulan itu meramalkan terdapat lebih 1,000 tan rizab emas pada kedalaman lebih 3,000 meter.
China menjadi pengeluar emas terbesar dunia, menyumbang kira-kira 10 peratus daripada keluaran global pada 2023.
Harga emas meningkat tahun ini berikutan peningkatan ketegangan geopolitik di seluruh dunia.
Kontrak niaga masa hadapan emas paling aktif di Shanghai Futures Exchange mencecah paras tertinggi sepanjang masa sekitar 639.48 yuan (RM394.40) segram pada 30 Oktober lalu.
Ia menutup dagangan siang pada Khamis dengan 1.16 peratus lebih tinggi pada 617.7 yuan (RM380.97) segram, meningkat 27.8 peratus sejak awal tahun.
































